Nabi Khidir sememangnya memiliki Ilmu Ladunni.Kewujudan Nabi Khidir(istilah sebenarnya Nabi Khaidir) adalah sahih dan ceritanya disebut dan di dalam Al-quran dalam Surah Al-kahfi ayat 65 hingga ayat 82.Nama sebenarnya ialah Balya bin Malkaan yang tekenal dengan gelaran Nabi Khaidir atau Khadri.Salah satu sebab mengapa beliau digelarkan Al-khadri yang bermaksud hijau kerana ketika Nabi Musa a.s bertemunya buat kali pertama, Balya bin Malkaan berpakaian berwarna hijau.Imam Bukhari meriwayatkan hadis yang bermaksud :
“Nabi Musa a.s dengan pembantunya bernama Yusha bin Nun bin Abraeen bin Yusof a.s telah bertemu dengan Khaidir di satu tempat di tepi laut yang sedang berselimut menutupi seluruh badannya dengan kain hijau”.
Namun ada juga pendapat mengatakan bahawa gelarannya adalah sempena nama kampungnya yang bernama Khaidarah.Mujahid pula mengatakan, beliar digelar Al-khaidir kerana ketika beliau bersembahyang, kawasan sekitarnya kelihatan berwarna hijau.
Terdapat dakwaan yang mengatakan Nabi Khaidir masih hidup sehingga sekarang dan ini adalah tidak benar, kerana Nabi Muhammad adalah nabi akhir zaman, maka mustahil masih ada nabi yang hidup selepasnya. Sepertimana yang dijelaskan dalam Sura
h Al-anbiya pada ayat ke-34.
34. Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusiapun sebelum kamu (Muhammad); Maka Jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal?
Kaitan Nabi Hhaidir dengan Ilmu ladunni disebut dalam firman Allah s.w.t dalam Surah Al-kahfi ayat ke-65 :
65. Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba kami, yang Telah kami berikan kepadanya rahmat dari sisi kami, dan yang Telah kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami[886].
Daripada Istilah mil ladunna ‘ilma timbulnya istilah al-‘ilmu al-ladunniyy (العلم اللدني).Seorang hamba di dalam ayat ini mengisahkan bahawa Nabi Musa a.s mengetahui ada seorang hamba Allah s.w.t yang dianugerahkan ilmu khusus dari Allah(Ilmu Ladunni) tanpa sebarang perantaraan dan hamba tersebut menurut ahli tafsir ialah Balya bin Malkaan atau digelar Nabi Khaidir.
Dikisahkan adalam Al-quran bahawa Nabi Musa a.s ingin berjumpa Nabi Khaidir untuk mempelajari ilmu tersebut, namu Nabi Khaidir menegaskan “kamu tidak boleh belajar kerana kamu tidak sabar”.Nabi Musa a.s menyatakan kepada Nabi Khaidir bahawa beliau akan bersabar walau apa jua keadaan, namun kesabarannya tidak sampai kepada tahap yang dimaksudkan Nabi Khaidir.Lalu keduanya berpisah dan Nabi Musa tidak dapat mempelajari Ilmu Ladunni.
Ini menunjukkan, seorang Rasul yang diizinkan Allah s.w.t. untuk bercakap denganNya pun tidak mampu untuk mendapatkan ilmu tersebut walhal Nabi Musa adalah seorang nabi dan pastinya penyabar.Nyatalah, bahawa Ilmu Ladunni adalah satu anugerah Allah s.w.t yang diberikan kepada golongan hambaNya yang paling takut padaNya, tawadhuk dan sayang dengan imunya kerana bimbang Allah s.w.t akan menarik balik daripadanya.Maka mereka yang memiliki ilmu ini sudah tentu tidak akan mendakwa bahawa mereka memiliki ilmu ini atau dengan mudah mengajarkannya kepada orang lain.Penulis menyesu kepada semua agar pelajarilah ilmu syariat yang terlalu banyak yang kita jahil dengannya.
Hanya Allah Jua Yang Mengtahui.
Sanubari muda mudi di akhir ini telah diwarna-warnikan dengan kisah percintaan.Nada “I Love U” bagaikan kalimah yang sedang menanti dihati untuk dilafazkan.Dasawarsa kini tidak lagi seperti dahulu, bahkan remaja yang menimba ilmu di sekolah-sekolah agama juga tidak tidak terhindar dari virus yang lebih bahaya dari H1N1 ini.Menyayatkan hati lagi apabila diari percintaan ditamatkan dengan kes-kes bunuh diri seperti yang belaku beberapa minggu yang lalu di sekitar Kuala Lumpur apabila seorang gadis yang cuba terjun dari jejantas sedang dibawahnya laluan keretapi.Ya, cinta seorang jejaka kepada seorang gadis adalah fitrah, tetapi bukankan cinta kepada tuhan itu satu kewajipan?.Tepuk dahi muhasabah diri.Ayuh kita mencari dimana benih cinta.Satu penggalian telah dilakukan pada jasad anak adam, maka terjumpa seketul darah yang bernama hati.Nah, inilah driver kepada jasad kita.Kemana ia menghala ke situlah jasad menuju.Maka kes-kes perzinaan, anak luar nikah, buang bayi dan sewaktu dengannya adalah lahir dari seketul darah tersebut.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Dalam hati anak adam itu ada seketul darah, maka apabila baik ianya maka baiklah seluruh jasadnya, dan apabila buruk ianya maka buruklah seluruh jasadnya”.Kini kebenaran telah terbukti, bahawa citra percintaan muda mudi adalah berakar dari hati.Hati yang tidak dibaja dengan keimanan akan terkikislah kemurniaanya dan bergandalah kebobrokannya.Sesudah kita temui masalah cinta ini bermula dari hati, dimanakah pula akar hati ini?jasad manakah yang bertindak sebagai akhbar untuk menyampaikan berita kepada hati kerana hati tidak mampu melihat.Kita hayati Firman Allah S.W.T dalam surah An-nur pada ayat ke-30 yang bermaksud : “Dan katakanlah kepada lelaki yang beriman agar menjaga pandangan mereka..”.Maka sahlah sandiwara percintaan itu terhasil daripada pandangan seorang lelaki kepada seorang perempuan ataupun sebaliknya lalu di alirkan ke sebuah pusat pentafsiran yang bernama hati.Syair arab yang berbunyi “Mulanya pandangan, lalu senyuman, lalu bertegur sapa, lalu berbicara lalu berjanji lalu bersemuka”.Dikuatkan lagi dengan sebuah hadis yang bermaksud : “Dan dua mata itu adalah berzina, dan zina keduanya adalah pandangan”.
Penulis memetik pesan Dr Bayihiyyah dalam sebuah ceramahnya, agar jangan melakukan empat perkara(4P) :
1. Pandang-pandang(kerana akan terjadi)
2. Pegang-pegang(keranan akan terjadi)
3. Peluk-pelukan(lalu terjadi)
4. Perzinaan
Maka carilah penawar bagi hati yang yang diracuni dengan maksiat.Awas! pandangan terhadap seorang wanita sememangnya cukup menggegarkan hati lelaki apatah lagi seandainya yang dipandang itu seorang gadis ayu.Bagunkan kekuatan jiwa sebagai seorang pemuda dan pemudi yang anggun dengan akhlak dan luasnya ilmu pengetahuan.Sebagai perkongsian, tatkala penulis memandang seorang wanita, maka hati ini akan berkata “TAK CANTIK PUN!”, dengan ini insyaAllah kita dapat mengunci hati dari melepaskan nafsu di jiwa.Nantikan episod Membangunkan Kekuatan Jiwa sebagai resepi untuk membersihkan hati dan Ilmu Nafas(sebuah amalan kesihatan yang jarang diketahui) yang penulis akan kongsikan dalam artikel yang akan datang.
Hanya Allah Jua yang Mengetahui.
Dari manakah asalnya Melayu??.Persoalan ini mungkin jarang timbul dibenak fikiran kita, namun penulis akan berkongsikan salah satu jawapan bagi menjawab persoalan ini buat yang sudi singgah sebentar mengutip apa yang ada di blog penulis.Menurut Ibnu Athir, seorang ahli sejarawan terkenal di zaman lampau, Bangsa Melayu dikatakan berasal dari keturunan Nabi Ibrahim a.s.Menurut beliau, Bangsa Melayu ialah Bani Jawi, iaitu keturunan Nabi Ibrahim a.s dari isterinya yang ketiga bernama Qatura.Anak-anak yang lahir dari perkahwinan Nabi Ibrahim a.s dengan Qatura ini diarahkan berhijrah ke timur dengan memberikan bekalan-bekalan yang perlu bagi memulakan hidup baru, maka berpindahlah mereka meninggalkan Kana’an.
Perpindahan demi perpindahan mungkin telah berlaku akibat
daripada pelbagai sebab.Dikatakan juga Bangsa Melayu pernan menduduki Tibet dan telah menamakan Gunung Himalaya, yang mana didalam bahasa Sanskrit adalah bermakna Gunung Melayu.Perkara ini berlaku lebih daripada 2000 tahun yang lamapau.Dikatakan juga bahawa Bangsa Melayu yang tinggal di banjaran gunung telah berpindah ke selatan akibat peperangan demi peperangan yang berlaku ditanah besar Cina dan India, akhirnya mereke menempatkan diri di Selatan Thai serta semenanjung Tanah Melayu.Ini adalah kisah perpindahan mengikut jalan darat.
Terdapat juga dari keturunan Kana’an ini yang datang melalui jalan laut, iaitu mengikuti seorang Raja yang bernama Mus, beliau berlayar ke Timur dan mendarat di Palembang, Sumatera.Buktinya, disana terdapat sebuah sungai yang dinamakan Sungai Mus yang bererti Sungai Kepunyaan Mus.
Dikatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s melahirkan tiga keturunan yang besar iaitu, Bangsa Arab daripada keturunan anaknya Ismail a.s, Bangsa Israel dari keturunan Ishak a.s, dan Bangsa Melayu(Bani Jawi) dari anaknya menerusi perkahwinannya dengan Qatura.Sejak berkurun lamanya, Tanah Melayu di panggil Tanah Jawi,Bani itu bererti anak-anak atau keturunan, sebagaimana nama Bani Lavi(Levi) dari puak Israel.
Ini adalah satu jawapan yang mampu penulis kongsikan, namun sejauh mana kebenarannya tidaklah mampu untuk penulis nyatakan.Kerana selain daripada jawapan ini, terdapat beberapa jawapan lain yang berbeza dari jawapan ini.Kajian-demi kajian mestilah diteruskan untuk mengetahui kebenarannya.Perkongsian ini bukanlah rekaan daripada akal penulis semata-mata, tetapi berdasarkan rujukan guru dan kitab-kitab lama.
Wallahua’lam(Hanya Allah Jua Yang Mengetahui).
Sebaik sahaja selesai solat, kita melihat Imam berdoa, habisnya doa tersebut diselitkan dengan Al-fatihah dan dibaca pula doa kedua.Namun amalan ini sudah ditinggalkan oleh orang islam pada hari ini disebabkan pelbagai alasan yang diberikan.Bahkan ada yang selepas bersolat terus bangkit meluru menyiapkan kerja dunia.Persolan yang penulis ingin lontarkan ialah adakah doa kali yang kedua itu pernah dilakukan Rasulullah S.A.W?atau adakah ia terdapat didalam Al-quran mahupun Hadis?
Sebenarnya, tiada dalil naqli memerintahkan kita agar berdoa dua kali, tetapi cerdik pandai ulama silam mengambil pengajaran dari hadis Nabi S.A.W :
Yang bermaksud “Sesungguhnya Allah menyukai hamba yang sering meminta-minta ketika berdoa”, maka berdasarkan dalil inilah ulama-ulama dahulu membaca doa kali kedua selepas doa kali pertama yang diselitkan dulu dengan ummul kitab.Suatu analogi yang ingin penulis nyatakan, seorang ayah yang tidak ingin memberikan wang belanja yang diminta oleh anaknya tentu akan memberikannya seandainya si anak itu meminta dengan berulang kali, samaada pemberian ayahnya itu kerana kasihan kepada anaknya atau kerana sudah bosan mendengar rayuan anaknya yang memekak ditelinganya.Begitulah jua Pencipta yang esa, andai kita berulang memintanya, Dia pasti tidak akan mengecewakan kita.Maka sewajarnya kita mengutip kembali amalan ulama silam yang diamal oleh mereka.Soal Al-fatihah diantara kedua doa itu pula, ada yang berpandangan al-fatihah itu adalah doa, maka mereka tetap menadahkan tangan ketika membaca Al-fatihah, maka ada sebhagian yang tidak mengangkat tangan ketika membaca al-fatihah itu kerana berpendapat Al-fatihah pada ketika itu bukan sebagai doa, tetapi sebagai perantaraan untuk doa yang kedua.Dada para ulama silam sarat dengan ilmu pengetahuan, mereka membuat sesuatu dengan dalil dan hujah yang yang tak dinafikan terdapat kebaikan, namun golongan muda hari ini sudah meniggalkan amalan-amalan yang diamal oleh mereka bahkan ramai yang mengkritiknya, walhal dalam hati mereka sebenarnya mereka malas beramal dan mereka telah alpa dengan tipudaya dunia.Ayuh pemuda dan pemudi, tamadun islam menghanyut pergi, kitalah pewaris yang akan membina kembali, kalau tidak kita siapa lagi.
Berkhatan sememangnya diperintahkan dalam islam, Rasulullah S.A.W dilahirkan dalam keadaan yang sudah berkhatan.Penulis berkongsi ilmu ini yang penulis perolehinya semasa Seminar Fiqh Toharoh di Maahad Amir Indra Petra beberapa tahun yang lalu.Ketika sesi pertanyaan dibuka kepada pelajar, ditanyakan oleh seorang pelajar, “Apakah hikmah berkhatan?”.Lalu dijawab oleh penceramah tersebut dengan membawakan kisah Tok Kenali.
Alkisahnya…
Suatu masa seorang lelaki berjumpa dengan Tok Kenali dan bertanyakan kepada Tok Kenali menagapakah lelaki perlu berkhatan?.Lalu Tok Kenali membawakan pun memberinya sebiji buah pisang.Lalu disuruh lelaki tersebut makan buah pisang itu tanpa membuang kulitnya.Lalu dijawab lelaki tersebut “MANA SEDAP MAKAN SEKALI DENGAN KULIT!”.Lalu Tok Kenali memberikan jawapan, begitulah jua hikmah berkhatan bagi seorang lelaki.Pihak isteri pun tak selera makan sekali dengan “Kulit”.So, saper-saper yang belum berkhatan lagi tu berkhatanlah yea..
1. Sentiasa memandang si dia, ini kerana cinta itu bermula dari mata, sepertimana di sebut dalam sebuah pantun :
“dari mana semut melata,
dari bata turun ke titi,
dari mana datangnya cinta,
dari mata turun ke hati”.
Orang yang menyintai seseorang akan kerap kali memandang insan yang dicintainya, sebagaimana dikatakan dalam sebuah syair :
“kuikuti arah pandangan ke mana pun kau pergi,
tak seorang pun mampu halangi jalan yang ku lalui”
dan dalam syair lain
“jika mereka menghalangi agar aku tak memandangnya,
mataku pun takkan sudi lagi memandang manusia”
2. Malu-malu jika orang yang dicintai memandangnya.
3. Merindui, membicarakan dan menyebut namanya, sebagaimana disebut di dalam pantun :
“adat permata di dalam tangan,
dibungkus dengan kain baldu,
jikalau bercinta menyesal jangan,
adat muda menanggung rindu”.
4. Tunduk kepada perintah orang yang dicintai dan mendahulukannya daripada kepentingan diri5. Bersabar menghadapi gangguan orang yang dicintai.
6. Menghayati perkataan orang yang cintainya dan mendengarkannya, sebagaimana syair : “ senantiasa ku perhatikan perkataanmu,
agar aku tampak mengerti dalam pikiranku”
7. Mencintai tempat atau rumah sang dicintainya.
8. Menyintai apa yang dicintai kekasih.
9. Gementar atau gelisah bila berhadapan dengan orang yang dicintai.
10. Cemburu kepada orang yang dicintai.
11. Berkorban untuk mendapatkan keredhaan orang yang dicintai, sebagaimana syair :
“kupunya sekeping hati yang ditebari cinta,
keranan cinta dia rela menghadapi penyiksa,
cinta menebus dirimu dnegna pengorbanan jiwa,
kan ku tebus pula dengan sesuatu di atas jiwa”.
Tanpa guru, mereka tidak mungkin mengejar kejayaan sebesar itu.Terima Kasih Guru.Jasamu, hanya Allahlah yang mempu membalasnya di akhirat nanti.Daku hanya mampu berdoa agar dirimu dipayungi rahmat Ilahi.Terima kasih buat guru-guru yang banyak membantu penulis, bermula dari pengetua Ust Muslim,Ust Fakhrudin Karimi, Ust Sobri, Ust Solah selaku guru Badah Dakwah yang selalu penulis dampinginya, dan semua guru di Amir Indra.Moga penulis mampu menjadi setabahmu.
Jika hari ni seorang perdana menteri berkuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini presiden sebuah Negara
Jika hari ini seorang ulama mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut,
Sabarnya, mengajar tulus baca..
Anda sudah tentu mahukan agar satu dunia mengunjungi blog anda.Disini diajarkan kepada anda tips-tips menigkatkan trafik blog anda agar lebih ramai pelawat yang mengunjungi blog anda.Disini juga penulis memberikan 15 tips untuk menjadikan trafik blog anda meningkat.
1. Pastikan anda mebuat posting secara tersusun, paling kurang semiggu sekali.
2. Daftarkan blog anda ke Enjin Carian sebanyak mungkin.
3. Mengunjungi blog lain dan mengikutinya sebagai teman/folowwer.
4. Pastikan artikel yang ditulis mengandungi pengisian yang menarik perhatina orang ramai.
5. Pasanglah iklan blog anda di mana-mana website yang menyediakan ruangan iklan.
6. Jadilah advertiser google adwords dan pasang keyword-keyword yang mencerminkan blog anda.
7. Iklankan blog anda di kenderaan anda,beg galas,balpen,buku,dan segala peralatan yang anda gunapakai.
8. Letakkan alamat blog anda sebagai “signature” dalam SMS di telefon bimbit anda.
9. Buka browser di komputer/laptop kawan anda dan setkan blog anda sebagai home page(tapi minta izin dahulu).
10. Ikhlaskan niat anda, bukan niat hendak menunjuk-nunjuk tapi agar manusia dapat mengambil ilmu-ilmu yang bermanfaat di blog anda.
11. Promosikan blog anda ketika anda berkomunikasi dengan sesiapa jua, boleh juga selepas anda ceramah, berucap di majlis, dan sebagainya.P/S : Jangan Laungkan Di Masjid!
12. Selalu berdoa agar anda diberi kefahaman yang baik dalam agama untuk menulis artikel-artikel dakwah demi mendaulahkan Islam.
13. Jaga kesihatan anda agar anda sentiasa dapat menulis artikel-artikel yang bermanfaat pada manusia.
14. Pastikan anda sentiasa istiqamah, walaupun hanya seorang sahaja yang mengunjungi blog anda setiap hari, ini kerana kita menulis adalah kerana Allah bukan kerana manusia.
15. Bersabarlah kalau tiada yang sudi mengunjungi, kerana Nafsu Itu Akan Menjadikan Raja Itu Hamba dan Sabar Itu Akan Menjadikan Hamba Itu Raja.Usaha, Doa, Tawakkal.
Gunakan semua tips yang diberikan, InysaAllah blog anda akan melonjak naik.
BINTIK HITAM PADA WAJAH
Ambil sesudu makan beras yang telah direndam, tujuh helai daun melati muda, tujuh helai daun kemuning dan sedikit kunyit.Tumbukkan semua bahan itu sampai halus dan jadikannya sebagai masker muka.Setelah kering, basuhlah muka dengan air sejuk.Pakai masker ini setiap hari selama lebih kurang sebulan.Lakukannya sebelum mandi dan lihat hasinya.InysaAllah.Anda juga boleh cuba menghilangkan kesan tersebut dengan menggunakan pasir halus yang diambil dari anak-anak sungai di kaki bukit.
BADAN BERBAU
an campurkan dengan segengam daun betik dan segengam daun bluntas.Campurkan sedikit garam dan air limau nipis.Perahkan air itu dan saringkan.Ambil airnya dan minum segelas setiap pagi dan petang.JERAWAT
I. Bancuhka kunig telur dengan limau nipis.Usapkan campuran tadi ke atas kulit kepala dan tunggu sehingga kering.Setelah kering basuhlah kepala dengan air biasa.
II. Celupka asam jawa dengan minyak kelapa.Gosokkan di kulit kepala dan biarkan selama beberapa minit.Kemudian bersihkan kulit kepala sehingga bersih.
III. Gosokkan kulit kepala dengan limau nipis.Lakukan setiap malam sebelum tidur.Bersihkan kepala pada keesokan pagi.
PANAU
Tumbuk d
aun pandan sehingga halus.Ambil airnya dan campurkan dengan sedikit garam.Minum airnya setiap hari selama tiga hari.Sehari hanya sekali sahaja minum airnya.Anda juga bolehnya cuba menggosokkan lengkuas genting pada muka yang berpanau.Lakukan secara tersatur sehingga hilang.Ianya agak pedih, namun yang pedih itulah ubat yang mujarab.
LIANG ROMA
Untuk mengecilkan liang roma pada wajah, sapukan dengan putih telur yang dicampurkan dengan air limau nipis.Seterusnya gunakan putih telur tersebut sebagai masker muka.Biarlah selama setengah jam, kemudiah basuhlah dengan air hangat.
DEMAM CAMPAK
Campak juga dikenali sebagai cacar air.untuk menyembuhkannya, parutkan kunyit dan campurkan dengan asam kawak.Kemudian lumurkan pada badan pesakit.Disamping itu, minum air kelapa gading setiap hari.
*Segala petua ini hanya ikhtiar secara tradisional dari orang-orang tua.Walau apepun,hanya Allahlah yang mampu menyempuhkan segala penyakit.Iringilah doa setiap ikhtiar yang kita lakukan.InsyaAllah ada hasilnya.Janganlah kita mensyirikkan Allah dengan amalan yang bercanggah dari syariat Islam.







